Saturday 6 December 2014

Bayu Homestay Legoland Nusajaya, Johor Bahru

Selamat Datang ke Bayu Homestay Legoland Nusajaya, Nusa Bayu, Nusajaya, Johor.
Untuk tempahan hubungi:
 019-7791040 (Mohamad Shah)

Bayu Homestay Legoland Nusajaya merupakan sebuah rumah persinggahan selesa dan bersih yang terletak di Nusa Bayu, Nusajaya berhampiran dengan kawasan pelancongan Nusajaya, Johor Bahru dan Singapura, serta pusat-pusat  pengajian.

Bayu Homestay mengalu-alukan tetamu berkeluarga untuk menginap di sini. Syarikat-syarikat yang berminat untuk penginapan jangka panjang turut dialu-alukan dengan harga menarik.

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur (aircond) dan 3 bilik air. Kemudahan WIFI (Unifi) dan Astro Super Pack Plus turut disediakan.







Kedudukan kawasan homestay ini yang hanya bersebelahan dengan Pontian Link dan Second Link Highway memudahkan dan menjimatkan masa anda untuk ke mana-mana tempat di sekitar Johor Bahru, Nusajaya dan ke Singapura.

Antara kawasan yang menjadi tarikan perlancongan di Nusajaya ialah Legoland Malaysia, Hello Kitty Land, Puteri Harbour Marina, Kota Iskandar, Edu City, Taman Botani Nusajaya, Johor Premium Outlet (JPO)dan Danga Bay. Keseronokkan dan pengalaman menarik yang bakal anda tempuhi ini mampu memikat hati pelancong untuk berkunjung ke sini.

Tempat-tempat menarik di sekitar Johor Bahru pula Zoo Johor, Istana Bukit Serene, Pantai Lido, Masjid Sultan Abu Bakar, Country Garden Danga Bay, Taman Merdeka, dan Taman Orkid Johor Bahru.

Johor bahru juga terkenal sebagai syurga membeli-belah. Antara pusat membeli-belah yang sering menjadi tumpuan ialah Johor Premium Outlet (JPO), The Zon, KSL City Mall, City Square, Aeon Tebrau City, Aeon Bukit Indah, Danga City Mall, Plaza Pelangi, Holiday Plaza dan pelbagai lagi.
Tempat-tempat ini juga merupakan tempat melepak bagi ramai pelancong.

Bayu Homestay Nusajaya juga terletak berhampiran dengan pusat-pusat pengajian seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai) dan lain-lain.

Kami menawarkan tempat penginapan untuk percutian, melancong, rombongan pengantin, majlis-majlis, perjumpaan keluarga, kursus & latihan, melawat anak di pusat pengajian dan lain-lain. 

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur (aircond) dan 3 bilik air.







Lokasi Bayu Homestay Nusajaya